Akhir-akhir ini dimana-mana akan kedengaran berita pasal ekonomi dunia yang makin menjunam turun. Bukan akhir-akhir ini sahaja malah dari tahun 2008 lagi ekonomi dunia dijangka akan meruncing pada tahun 2009, malah banyak syarikat-syarikat yang sudah mengambil kesempatan pada jangkaan ini untuk memberhentikan pekerja, tidak mengambil pekerja baru, memotong cuti, memberi cuti tanpa gaji dan seumpamanya untuk mengelakkan bebanan hutang dan mengurangkan perbelanjaan syarikat, ini tidak terkecuali jugak syarikat dimana aku mencari rezeki. Walaupun dikatakan kerja yang aku lakukan amat menguntungkan department aku namun tidak bagi keseluruhan tempat kerja olehitu perkataan "NO INCREEMENT THIS YEAR" memang tidak dijangka. Bila ianya benar-benar berlaku aku terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menghadkan perbelanjaan harian aku, dengan gaji ciput yang aku dapat rasanya aku terpaksa berkorban segalanya berkaitan duit/pitis/wang/dolar aku untuk tahun ini.
Setelah bekerja di syarikat yang sama hampir 10 tahun Julai ini bagi aku, bukan aku sorang malah seluruh kakitangan syarikat dikejutkan dengan berita tiada kenaikkan gaji.Aduhai hampir tercabut rasanya tangkai jantung ku, kalaulah ianya betul-betul terhenti mungkin boss aku akan pengsan juga kot. Aku cuma tersenyum hambar, rasanya usaha aku menaikkan nama department seolah-olah tiada penghargaan langsung, jauh meleset sekali tanggapan aku pada tahun 2008 yang gaji aku akan bertambah pada tahun 2009 ini. Aku cuba memujuk hati yang mana aku ini penyabar, dimana orang yang baik akan mendapat kesudahan yang baik..tapi baikkah aku? Pada tahun lepas jugak aku terkilan dengan kenaikkan yang diberi..agak melampau bila menaikkan gaji aku hanya RM50, dimana orang lain yang kerjanya tidak seberapa, yang mana kerjanya menjadi aircond pada boss, yang mana kerjanya cuma menepuk ***** sepanjang hari (sepertimana kata opismate aku) dinaikkan berkali ganda dari gaji aku..dengki ker aku? Ya,memang aku patut dengki, seluruh department ini bergantung pada kesungguhan aku bekerja agar mereka semua mendapat imbuhannya pada akhir tahun. Sungguhpun pada awal 2008 aku terkilan sangat-sangat,namun dek hatiku yang penyabar dan memikirkan terlalu banyak tanggungjawab yang aku kena pikul dengan gaji yang ciput tu aku relakan dengan tetap bekerja disini dan aku bertekad akan mencemerlangkan diri pada tahun 2008 agar aku mendapat imbuhan yang setimpal dengan penat lelah aku sepanjang tahun itu.Ini memang aku buktikan, aku telah membuat duit untuk syarikat hampir 1 juta dan harapan aku???Namun terlalu berharapkah aku???langsung 2009 menghampakan aku sekali lagi.
Aku terpaksa kuburkan hasrat aku mengambil ***ter pada tahun ini. Duit yang aku kumpulkan dari bulan August tahun lepas mungkin terpaksa aku gunakan jika aku terdesak dalam beberapa perkara yang mungkin tak terduga nanti. Selain dari itu juga aku mungkin terpaksa batalkan keinginan aku untuk menimang 2nd baby. Ya mana mungkin dalam kegawatan ekonomi dan tiada peruntukkan khas untuk bakal baby rasanya aku terpaksa batalkan keinginan itu, pun begitu aku jugak terpaksa bersedia jika sekiranya aku disahkan mengandung!!..kemungkinan itu harus jugak bermain dibenakku.
Oleh itu dek tekanan ini semua aku terpaksa mengambil pendekatan yang drastik tidak hanya pada diriku tapi jugak happy family aku tu. Mulai semalam aku mula mencatu apa yang aku makan. Sebagai contoh biasanya aku mengambil nasi bersama ikan atau pun ayam disulami pula dengan sayur goreng atau pun ulam-ulaman namun semalam aku cuma mengambil sepotong kecil telur dadar dan beberapa jenis kuah dengan 2 batang lady finger yang terdapat dalam kari untuk makanan tengahariku.. yes!!! nampaknya ia memang menguntungkan. Aku hanya membayar RM1.50 untuk makan tengahariku.Aku meletakkan budget makan aku untuk sehari diopis hanya RM2.00. Jika sebelum ini aku membelanjakan hampir RM5.00 sehari sekurang-kurangnya aku telah jimatkan RM3.00 sehari..berbaloikah? mubgkin bagi setengah orang tidak berbaloi tapi ya bagi aku... ok..akan bersambung lagi sekiranya hati aku masih meruap-ruap dengan hal ini,waktu makan ku sudah sampai, hari ini aku membekalkan diriku dengan nasi+telur dadar dan sayur goreng yang dimasak sendiri oleh aku....wah wah bangganya aku..jimatla duit aku untuk RM2.00 hari ini...jom ngap!!!
No comments:
Post a Comment