NuffNANG

Thursday, January 1, 2009

Kisah Mek dan Kampung-Part III

Hari ni hari kedua aku berada dikampung 26 December 2008, Sedari semalam hujan renyai-renyai disusuli angin sepoi-sepoi bahasa, emm memang seronok berada dikampung waktu hujan-hujan begini, teringat waktu kecil-kecil dahulu, kalau waktu-waktu begini biasanya Mek akan merebus ubi kayu yang baru diambil dari kebunnya dan dimakan bersama dengan kelapa parut, pastinya akan diiringi bersama dengan air kopi yang pekat yang panas..fuh memang meleleh bila teringat kembali detik itu. Namun sekarang Mek tak sekuat itu lagi untuk mencari ubi kayu dan menyediakan hidangan istimewa itu. Kalau dulu waktu petang Mek akan bawa satu pinggan nasi penuh, digaul dengan kelapa parut dan budu serta ikan masin aka ikan kekek bakar atau adakalanya ikan kembung kecil-kecil yang direbus dan kemudiannya digoreng dengan minyak yang sedikit, cukup istimewa disuap Mek yang biasa kami akan bergilir-gilir disuapnya ditepi parit air yang agak lebar itu. Sambil itu kami akan bermain dan berlari di tepi jalan yang berdebu, menulis huruf ABC diatas jalan-jalan kampung yang berpasir. Bila selesai makan dan hari hampir rembang senja kami (biasanya aku,abe dan kak za) akan mandi-manda diparit sambil ditemani Mek. Waktu aku kecil dulu rumah Mek tiada kemudahan paip air dan eletrik, bila selesai mandi sahaja Mek akan bawa baldi besi berisi air yang penuh menapak naik ke atas batas parit yang agak menjunam, sambil kami mengekorinya dari belakang, kadangkala air dari baldi besi itu akan melimpah keluar.
Bila malam menjelma tiada azan dari corong radio atau televisyen, yang kedengaran hanyalah bunyi kerantong sayup-sayup dari surau kampung sebelah. Dalam kesamaran cahaya pelita minyak tanah tulah kami menunaikan fardhu maghrib.

12 comments:

Unknown said...

Sometimes.. I just wanna be me.. di usia 38 ni (nak sayup dah ni) nak nangis pun mata dah kecut dah utk keluarkan air mata..

Anonymous said...

memandangkan nama slash tu agak asing sikit maka dgn ini ku ubahkan lagi alamt gmel ku ni.. so sesapa tak kenal WQY3955 tu tak tehu le

Anonymous said...

WQY3955 is da best car in the world, the last car of his generation.. Its a passion to drive it.. but riding a motobike gives me more sensation ... DAE2866.. soon 2 be change to KTM-RC8 or CBR600 ..insyaAllah, tunggulah projek ku d Melakka dapat hasil..

Anonymous said...

Salma (the name was given by the late of TCE.. I still remember that back in 1976 errr.. the name comes after a bottle of fragrant.. good smell).. I search it during my Umrah in 2004.. still in street..
Ok.. Cek ma.. since my merapu komen ni.. Esok (3Jan09) hajat2 nak g SaujanaU nak antar KAYU RESAK self made wooden chair.. not chair but a bit.. masih Ok walau dah hampir 5 thn.. ku sayang ia, dan dengan berhijrah ia ke SU, maka mungkin keraplah ku bertandang ke SU untuk menjengok hasil karya agungku itu.. (ayah tentu tak dapat buat punya.. cayalah.. tapi mak mungkin..)

ARA said...

ermm..i dont have any of those memories..

ARA said...

abe,where's ur blog?

Sally said...

Ara.. on that time said u still not born yet.nvmd will have a story later about the you also

Anonymous said...

seronot ke ngadap notbuk atas pangkin kayu tu sambil minum teh & what 'bout your BF reaction? hope he 'love' it and have some gud times resting his head on it!!!.. catch some pics & post here..ok

Anonymous said...

sambil2 buka notbuk tu.. bagi2 lah ikan tu makan..ok

Sally said...

memang seronok dok kat bangku ni, bf mmg happy sgt..esok ng beli cat dan varnish..nk soh dia cat..bf pun suka feeding fish tu.. I have rearrange the kayu..untuk tutup longkang, tomorro I snap some photo for your viewing hhhe..jgn jeles lak nnt .kih kih

Rohaiza said...

Abe...nak jugak "bangku" macam tu...nak jugak....

Anonymous said...

Itu le satu2nya hasil kerja tangan ku terakhir didunia ni, unik kan? walaupun tak unik manapun sebenarnya.. spt kata KakMin, "lawa pulak kekuda tu bila dah siap pasang d SU3".. gitulah kisahnya sama gak dgn manusia.. bila dah tak ada barulah orang tu kata sayang le, lawa le.. masa depan mata.. tak ponah pun di puji, di cuci ke, dibiarje makhluk tu tertonggeng di situ kegersangan.. apatah lagi nak disayangi dia.. hmmmmm