NuffNANG

Monday, July 12, 2010

Ayam Goreng, Sayur Bening & Sambal Kicap

itu adalah menu yang menjadi santapan saya sekeluarga tengahari semalam. Eh tak kanlah hari minggu makan ringkas macam tu jer, sekurang-kurangnya masak lemak kuning ikan kaci yang masih segar bugar dalam peti ais...komen en. suami.

"Ini jer menu yang saya masak hari ni"ulang saya berkali-kali kepada en.suami dan anak dara.
"masak lemak ikan kacilah" rayu en. suami..sambil berpaut memegang kain sarung yang saya pakai...sambil menangis berlagu dondang sayang..(ini adengan imaginasi saja..bertuah kalau dia merayu begitu kan!..ekeke.). Walaupun saya tahu en.suami amat gemar jenis kuah lemak..saya tetap tak mengendahkan rayuannya.

Saya tetap dengan pendirian saya, goreng ayam garing-garing dan masak bening kobis..serta sambal kicap.
Si anak dara berulang tanya kenapa saya beria-ia masak menu ni.
Begini ceritanya nak:
Pada suatu masa dahulu..omi berkunjung kerumah anak yatim disuatu tempat di Meru. Kedatangan kami sempena program hujung minggu asrama bersama anak yatim disambut meriah oleh anak-anak yatim disitu. Tak tergambar gembiranya mereka sebab setiap kali kunjungan pihak kami mereka akan dapat belajar dan menyiapkan tugasan sekolah mereka.
Anak-anak yatim disini adalah dari yang berumur 5 tahun hinggalah tingkatan 5. Apa yang paling seronok bagi mereka adalah bila tiba time makan tengahari. Adik-adik ini(gelaran kepada anak-anak yatim pada masa itulah)..memang tak sabar menunggu waktu makan tengahari..
Apa yang istimewanya makan tengahari mereka?.. sedap kak!..luah anak-anak itu..kami dapat makan ni sekali seminggu jer kak..itupun kalau ada yang buat kunjungan kesini..bicara seorang anak perempuan berusia 12 tahun. Saya masih ingat wajah anak ini..sebab dia yang paling rapat dengan saya waktu itu.
Mereka makan dengan lahapnya ayam goreng berserta kobis sayur bening dan sambak kicap.. kami turut sama menjamah hidangan tengahari itu..memang lazat..walaupun cuma sayur bening..sehinggalah hari saya masih terasa keenakkannya...rindunya pada wajah-wajah penghuni rumah anak yatim itu..
O..gitu ceritanya omi..tp omi bukannya anak yatim..komen si anak dara sambil terus mengunyah ayam goreng dan pinggan nasinya dipenuhi sayur bening..ekkeke..

2 comments:

mak encik | SZ said...

ooowhh sedih la plak baca ni kak..
rasa nak menitis aairmata ni..
adehhhh

Sally said...

Sz...menu diorang tu rasanya is the best masa tu...tapi skrg mungkin tak ada menu tu lagi gamaknya..even boleh di masak anytime..tp rasanya macam tak sama kat rumah anak2 yatim tu...