Saya dilanda virus lagi. Virus sengal dan malas. Ada perasaan saya yang digetus sesuatu hinggakan saya hanya menghabiskan sebahagian waktu dipejabat dengan menelaah internet. Sungguh tidak bertanggjawab disitu. Saya cuba mengoogle drama korea yang saya tonton semalam "secret agent miss oh". Langsung tak ada...hanya sinopsis..youtube pun hanya memaparkan preview sahaja..bosannya.
Kepala saya dipenuhi dengan angan-angan kesyokkan menonton wayang ditengahari. Beli sebakul besar popcorn yang dijual dsitu. Masuk panggung, duduk hujung sekali terkebelakang. Menonton gelagat orang sebab saya bukan lagi penonton wayang tegar sejak mendirikan alam rumahtangga ni. Sementelah hari ni hari Rabu..ladies day kan!. boleh murah maa..walaupun hakikatnya saya tak tahu berapa harga tiket wayang sekarang...hahha..
Pastinya sebahagian panggung dipenuhi couple kan!..kedekut..nak belanja awek pun tunggu Rabu..nak jimatlah tu konon.!..
Agaknya saya dah bosan dengan kerja yang saya dah buat hampir 11 tahun ni...mahu bertukar arah bukannya senang seperti menyapu samapah..cukup susah. Saya mahu sekurang-kurangnya gaji bersih saya 3 kali ganda dari yang saya dapat sekarang. Barulah senang hati saya nak menonton wayang sambil mengunyah popcorn.
Nampaknya saya kena beranikan diri untuk bertukar tempat kerja..oh kata orang kalau bernazar senang dapat kan!. Kalau mcm tu saya akan bernazar begini. Jika saya dapat kerja yang gajinya RM*,***.**(yang ini dalam hati sahajalah kan)...dekat dengan area rumah kerja yang halal saya akan buat kenduri doa selamat dengan korbankan seekor kambing..aminn..tapi bila saya nak mula ni..sedangkan virus malas semakin menular sepanjang hari ni..huhuhu.
4 comments:
aminnnn...semoga saya cepat dpt makan kambing bbq itu! :p
Sz..hehh, dah lama tak mengolek kambing ya!..mudah2han..
amin..
semoga tercapai yg dihajati..mak pun anak nazar katanya..Mak Jah nazar apa ntah nak dpt anak pompuan:)
kat sini wayang murah hari selasa..biasa mahal! budak2 je $18!!
TTM..beruntungnya jadi anak nazar..sure anak kesayangan mak jah ni..
Post a Comment