NuffNANG

Thursday, January 8, 2009

Khamis yang bergelodak

Hari ni aku kembali memulakan tugas office setelah 3 hari aku bercuti..kalo campur dengan weekend punya cuti 5 hari aku off. Berat rasanya nak tinggalkan handbag bonia aku tu pergi sekolah sorang2. Keluar dari rumah 6.45 pagi, kunci jam 5.30 tapi bangun 5.50, mandi dan solat cepat2, then turun bawah buat bekal untuk Sara, hari ni buat roti gulung sosej. Muffin coklat ada lagi so aku bekalkan jugak untuk Sara. Semua aku pack siap2 dan letak dalam beg sekolah dia, harapnya dia tak keluarkan , kalo tak pastinya nanti dia tinggalkan kat rumah transit dia, lapar la nanti.
Buat kerja yang banyak tertangguh namun hati rasa risau, risaukan Sara, apa cerita dia sekarang. Jam 10 lebih, bf hantar message bagitau Sara lupa bawa baju hujan dia, alamak cmner ni, tawakkal ajalah. Letak tangan kat dada, panas, mungkin dek rasa risau, hati seorang ibu, gamaknya macam ni la resahnya mak aku dulu kalo aku ni tak ada disamping dia. Aku ingat lagi waktu kakak aku pergi belajar kat Sabah dulu, bukan main risau lagi mak, almaklum anak dara dia tu tak pernah berjauhan dan kakak aku ni jenis yang cepat gelabah/panik ,rasanya tu yang buat mak risau sampai tak selera nak makan, nak tido tak lena, kepala berdenyut... lambatnya kul 5.30 aku nak balik, nak jumpa Sara..

3 comments:

Umie said...

InGtkan anis soRanG jeRk! ghupanYa kiTa seRupa =P

Rohaiza said...

ingat emi dulu. Mula-mula sekolah sibuk la mama bekalkan roti la, nugget la...tapi bila balik petang dia tak makan pun.dok simpan dalam beg je..bila tanya senang je di jawab.."emi lupa" la. rupanya dia pun pandai pegi sendiri bli makanan kt kantin ngan kawan-kawan

Sally said...

Kak Za, setakat ni Sara makan lagi bekal dia, ada jugak yang dia abiskan tapi bila balik dalam kereta dia makan semula. Hari pertama bawa bekal dia tinggalkan kat transit, agaknya tengah teruja lagi ni dia bawa la, gitu jugak mak dia tgh excited buat bekal untuk anak rajin le skrg ni..lama2 bosan ler tu. ...hehehe