NuffNANG

Thursday, July 30, 2009

Dialog

Sara: Omi Sara bukan orang Kelantan

Saya: abis tu Sara orang mana ?

Sara: Sara orang Perak. Sara tak pandai cakap Kelantan.

Saya: Sara tahu cakap Perak?

Sara: tau

Saya: emm ok cuba Sara cakap Perak skit.

Sara: Sara cakap ya..omi dengar ni..

wat gapo tu?

Saya tersenyum nak gelak kuat-kuat kan dia bantai meraung sebab ketawakan dia….tak tahu pulak saya ada bahasa orang Perak ghupa ini..kih kih..

Lagi 1 orang punya pasal daaaa

Hidung saya kembang kempis.. sensitive sangat la hidung saya ni. Yang herannya hidung saya akan jadi begitu bila ada bau busuk menerjah aja. Entah sampai bila saya akan begini bila bekerja dengan kaum –kaum begini. Dari 100 orang hanya 1 atau dua orang aja yang mandi pagi kan!..kulit putih melepak kalau bau macam %#@&*% , ya ampun…. Fahamkan maksud saya.

CikSally psst: Nasi baik meja saya agak jauh…

BIBIK

Saya suruh Sara kemas rumah sikit pasal dia yang banyak buat sepah tapi tang2 tu gak dia menangis. Bila di tanya mengapa tiba-tiba meraung lak ni.

Omi ingat Sara ni BIBIK ker?..Sara bukan BIBIK.

Sara tak perlu kemas rumah.

Inilah rupa orang yang tak mau jadi BIBIK tu

Wednesday, July 29, 2009

Saya bukannya malas

Cuma masa tak berapa nak mengizinkan saya untuk update blog. Biasalah kalau dah akhir-akhir bulan begini pasti banyak kerja yang nak disiapkan. Bukan kerja opis jer kerja rumah pun masih ada yang tertangguh. Ingat semalam nak spend mendobi kain baju yang diguna pakai waktu attend kem fasiliator kat Mempaga hari tu tapi belum pun sempat mengutip longokkan kain Si Sara dah telefon nak balik..aduss!!! satu hal lagi nak pergi ambik dia kat rumah my parent di Sg. Besi. Terus tak jadi bukak kedai dobi. Lepas solat Isyak bergegas pulak terbang memandu ke Sg. Besi. Hampir 1 jam baru sampai…geram jugak dengan dia dah la hari tu beria-ia nak kesana, tinggal sehari dah mengamuk nak balik..walaupun hakikatnya saya rindu banget dengan dia tapi nak jugak sesekali berjauhan,senang jika ditakdir saya terpaksa outstation ker apa ker tak la dia rasa janggal berjauhan dengan saya.


 

Ini la muka orang yang rindu sangat kat saya tu

Saturday, July 25, 2009

Celcom Broadband

Tahu dimana saya berada ketika ini, saat N3 ini dipost.. Mempaga..suatu daerah di Bentong. Yang pasti Celcom Broadband still can get from here..event thought dalam hutan banat sikit…tak rugi melanggan beruk Broadband ini . Kenapa saya berada di sini..di lain N3 saya ceritakan..

Friday, July 24, 2009

H1N1 Selsema BABI


 

Semalam sesampai saya diperkarangan sekolah transit Sara, tengok suasana agak lenggang. Uik apa sudah jadi, ini tak lain tak bukan pasal kes H1N1. 2 hari lepas dah masuk news pasal penutupan 1 kelas angkara kes selsema BABI H1N1 ni. Dalam fikiran saya hanya terfikir, eh mana Sara kalau betul sekolah ni ditutup. Amat sunyi.

Tetiba terdengar jeritan Sara.


 

Omi..jom balik


 

Ish dah siap bawa segala pelbagai barang-barang dia. Sebelum pulang saya mendapat sedikit info tentang penutupan sekolah dari sekolah transit Sara. Tak banyak sangat info sangat yang saya dapat. Saya terfikir untuk menjengah website sekolah tersebut lepas maghrib nanti. Wah Si Sara bukan main happy lagi sekolah tutup. Budak apa yang dia tau..tau nak seronok jer, Dalam kereta dia siap menyanyi lagi:


 


 

À
A B C D E F G… H1N1 Selsema BABI À


 


 


 

23.07.2009 / 30 Rejab 1430

Yang dihormati
Dato' Datin, Tuan-puan
Ibu Bapa, Penjaga
Dan Murid-Murid
 SK Subang Bestari.


MAKLUMAN H1N1 SK SUBANG BESTARI

Merujuk kepada perkara diatas.


2.                    SK Subang Bestari akan DITUTUP mulai khamis 23.07.2009 (1.30 petang) sehingga khamis 30.07.2009 (6.30 Petang) atas nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekolah akan DIBUKA semula pada jumaat 31.07.2009.


3.                    Murid-murid yang tidak sihat dinasihatkan berehat dirumah. Sekiranya murid-murid mengalami simpthom H1N1 (deman, selsema, sakit-sakit sendi, dan sesak nafas) sila dapatkan rawatan dengan segera.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"


En. Abd. Aziz Bin Hj Md Ali
abdaziz@sksb.net
Guru Besar
SK Subang Bestari
Tel. : 019-6111485
Tel. Pejabat : 03-78457401
Fax : 03-78591495


 



Nota:
Sila abaikan surat makluman yang terlebih awal.

Thursday, July 23, 2009

Siapa Saya..

Saya sering dinilai pada pandangan pertama sebagai seorang perempuan yang pendiam,sombong, tidak betah berkata-kata,berlagak???perhaps!!. Amat janggal memangkah kata, hanya mengiayakan apa yang dibicara, biar dikutuk didepan saya hanyalah tersenyum sinis. Paling tidak saya akan berkata:

Oh ya ker??

Biar jer la

Itu sebabnya anda tidak mengenali siapa saya?..Hakikatnya, jangan memberi sekeping kertas kosong dan sebatang pen dakwat penuh pada saya. Segala kutukan, kejian akan saya hamburkan kembali didada bidang kertas kosong itu. Mau tau balasannyadari saya??..kutuklah! Kejilah! Hinalah saya!..



 

Diam tak bererti kalah…wakakaka!!

Friday, July 17, 2009

Semua dah sedia..

material dah ada. Tinggal nak garap bagaimana sahaja permulaannya masih berkecamok dalam benak saya.Kopak jugak duit bila terpaksa membeli semua material...mahal..sangat mahal mahu tak mahu memikirkan semangat tengah berkobar-kobar ni saya serahkan juga not seratus tu kepada jurujual tu. Baki yang dipulangkan balik hanyalah RM25. Hampir 3/4 dari not seratus itu dimasukkkan ke laci. Kalau saya beli w.terc****r jer mana boleh hasilkan sesuatu, terpaksa juga beli material yang related dengan projek saya tu. Tangan dah mengigil ni. Tak sabar rasanya nak meliuk lintukkan jari jemari yang halus ni didada lakaran. Masih mampu kah saya?? Amat lama saya tinggalkan, langsung tak praktikkan. Jari-jari halus hanya bekerja didapur dan menekan keyboard saja. Rugikan!!..bayangkan banyak lagi benda-benda yang boleh saya suruh jari ini lakukan. Setakat mengorek hidung apa klasss!!!.

Cik Sally: semangat gila ni.. rasa nak berdesup balik terus masuk bilik kerjakan itu kertas..

Thursday, July 16, 2009

Akhirnya Saya telah putuskan…

..untuk menggunakan kemahiran sedia ada agar dapat mencari extra income. Apa tu??? Biarlah rahsia dulu. Tak mahu saya terkocoh-kocoh mengwar-warkan disini, takut tak menjadi. Apapun hari saya amat bersemangat tahap gaban..petang ini jugak saya akan merewang-rewang ketempat yang penuh kecintaan penuh nostalgia lama agar dapat mencari sumber inspirasi dan bahan. Oh oh oh !!saya tengah teruja yang amat sangat ni rasa nak bergolek-golek kegembiraan. Harap-harap dapat buat sebelum raya menjelang.. apa salahnya mencuba kan.


 

CikSally: ia ker..ntah2 hangat-hangat taik ayam jer..ish..

Wednesday, July 15, 2009

Mari Membaca

Kenapa saya malas membaca?. Soalan seperti ini hanya saya yang mampu menjawabnya. Walaupun dalam kegalakkan saranan Kerajaan supaya membudayakan aktiviti membaca namun sikit pun tak saya hiraukan. Saya bukan pengemar novel, bukan pengumpul novel dan bukan jugak pembaca novel. Saya tidak akan menyelak halaman novel jika berkunjung ke toko-toko buku. Jika singgah ke toko buku saya akan mencari buku-buku resepi masakan,itupun pandangan pertama saya adalah dengan mencari gambar-gambar makanan yang mengiurkan cantik dipandang. Jika kekedai runcit yang menjual bahan-bahan bacaan ringan pulak saya hanya menyambar majalah Impiana ,Nur dan Dara.com
ishh still baca Dara.com tak sedar diri tua ekekeh!!. Bukan tak pernah membaca novel..tapi bilangannya amat sedikit dibandingkan dengan orang lain. Seingat saya waktu alam kanak-kanak dulu saya pernah menang kategori pelajar banyak membaca buku…dan jika dulu setiap peperiksaan hujung tahun pasti kami akan dihadiahkan dengan buku jika mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga mahupun jika terbaik dalam sesuatu subjek. Jika 6 tahun bersekolah rendah pastinya saya akan mempunyai 6 buah novel/cerpen itu belum ditambah jika setiap tahun muncul sebagai pelajar terbaik dalam sesuatu subjek, mungkin 12 buah kot…heheh..bukan saya tu. Tapi membaca tidak terhad pada novel saja kan, banyka lagi rangkaian buku-buku ilmiah yang dapat diterokai dengan membaca. Apapun biarlah orang malas sperti saya ni memulakan dengan membaca cerpen ataupun novel.

Dengan tergengamnya dua buah novel yang tetiba di pass kepada saya hari ni , saya berazam untuk rajin membaca bermula dengan novel ni. Tapi persoalannya selama mana masa yang akan saya spend untuk menghabiskannya wallahuallam sementelah bulan puasa semakin hampir..nak jugak baca Quran bulan yang mulia ni.


Info: Tajuk 2 novel iaitu The Far Morning-Brenda Clarke & Buffy, The Vampire Slayer

CikSally:Emm..alaahaii

Monday, July 13, 2009

Hey its’ Johnny.

Spending time at my sister's house during weekend bring us to have a dinner at abeJohnny's Steamboat. This is the first time our family (myself, husband and Sara) having a meal here. Actually my sister mak buyung (the expectant women) have promise to belanja me before..so kira dah tertunai la tu. Tima kasih pada bakal bapa budak husband my sister sebab dia yang kena bayar. Apapun layan makan punya pasal just a few photo jer dapat capture takut makanan abis nanti kebulur pulak saya kan!.

setiap org mesti sedih punya bila makan kat Johnny ni...do benda alag ni sangat berguna!! Salah satu dish dari abe Johnny Kecik kenot having this strawberry ice-cream posing kenyang!! thanks a lot pada yang sudi belanja tu lenkali makan jangan lupa kami ya!!hehhe :p

Thursday, July 9, 2009

Cermin diri anda

Malam ini saya berkesempatan untuk menonton sebuah drama diTV2. Agak menarik walaupun bukan dalam perancangan untuk menontonnya cuma En. Director tersalah tekan saluran siaran saja. Watak utama dipegang oleh Lisdawati dan Azri Iskandar. Pada awal tontonan saya setelah cerita itu bersiaran hampir 15 minit dialog dibawah yang menangkap untuk saya menonton sampai habis:

Lisdawati/Mastura:
emm bau hapak la baju abang, dah berapa kali saya cakap jangan pakai baju yang sama. (sambil menghidu bau badan suaminya).

(suasana diruang tamu, bilamana si suami sedang besenang lenang menonton tv sambil berbaring enak disofa,sementelah si isteri baru pulang dari tempat kerja barangkali).

Azri/Nazri :
ala mana ada bau.baru dua kali abang pakai. Mana ada bau pun.
(dialog lebih kurang la sebab dialog sebenar tak dapat kpd saya)

Lisdawati/Mastura: eh abang ni dah berapa kali saya cakap jangan lepak kat sofa saya ni habis lekat bau badan abang tu, badan dah la mudah berpeluh. (tindakan si Mastura dengan menarik kusyen sofa, mengalihkan dari belakang suaminya.

Dek perlakuan watak dan dialog ni terus saya dan En. Director mengambil keputusan menontonnya .Nak tahu kenapa???Watak yang dibawakan ada berlebih kurang dengan perangai kami. Hahha harus saya menontonya. Begitu juga pemikiran En. Director kot sebab tu dia pun sudi menonton bersama saya.

Agak lama juga cerita tersebut dari 8.00 hingga pukul 10.15 lebih kurang. Jalan cerita yang sangat-sangat mirip dengan watak kami kot. Kata-kata dan ayatnya semua macam dialog yang selalu kami gunakan kat rumah. Saya tak pandai nak mengolah kembali cerita ni, sebab jika saya bercerita pasti sama panjangnya dengan masa tontonan anda. Kalau nak tengok cubalah tanya CikYoutube manalah tau ada yang menguploadkannya disitu.. cubalah cari tajuknya Cari Pasal. Saya pasti mungkin sedikit sebanyak ada persamaanya dalam kehidupan anda jugak!

Yang paling menarik perhatian saya bila diakhir cerita semua watak berkata-kata sebagai nasihat kepada penonton tentang alam berumahtangga.

Salah satu watak berkata: Cerminlah diri dengan pasangan anda kerana apa yang ada pasangan anda itulah anda sebenarnya.


 


 


 

Buah apa yang banyak rambut??

.

.

.

.

.

.



. Kalau tak ingat yang saya tengah batuk ni memang dah sah saya bedal banyak-banyak. Saya paling suka kalau dipotong nipis dari bijinya dan letak dalam satu bekas lepas tu sejukkan kat fridge..macam jeruk yang manis. Masalahnya nak buat tu yang leceh.ambik masa nak buat biji demi biji..yang senangnya ngap trus..

Biskut Mayat


Bunyinya pelik ke?? Mungkin tidak bagi sesetengah orang. Dah tengok rupa tau la biskut apa ya. Ia digelar biskut mayat sebab kebiasaan dulu-dulu bila ada jer kematian, pasti biskut inilah yang dihidang untuk alas perut kat rumah simati oleh sedara mara kepada tetangga yang menziarah atau pada orang-orang yang menggali kubur. Almaklum ada kematian pastinya tuan rumah masih bersedih dan tak dapat menghidangkan sesuatu yang istimewa nak tak nak inilah yang senang dihidang walaupun yang menziarah bukan mengharapkan disediakan makanan pun. Sesekali pekena ni dengan kopi O memang sedap kalau tak ada makanan lain ler. Bila time hujan atau musim tengkujuh kalau kat kampong-kampung memang sinonim sangat la biskut ni. Biskut ini ada dua size satu yang besar dan satu lagi jenis yang kecil. Ada yang memanggilnya Biskut Tawar, Biskut Cap Ping Pong (yang ini lemak berkrim), Biskut Hwa Tai dan pelbagai nama jolokkan lagi yang mana saya sendiri pun tidak pasti. Biskut ni dulu didatangi dengan packaging
di dalam tin yang besar, dijual dengan menimbangnya berapa gram ataun kilo. Di sesetengah tempat anda boleh lagi dapat melihatnya terutama kawasan-kawasan kampung.

Sesekali pekena ni..


memang tak ingat dunia weh!!. Nak pula pekena dengan santan dan pulut memang terangkat. Patutla digelar raja buah. Pada sesiapa yang tak makan buah durian ni memang rugi.

Nak dikatakan saya 100% gemar durian tak jugak, biasanya saya akan pilih yang berwarna kekuningan sedikit, berbau wangi dan isinya tidak terlalu lembik. Rasanya agak pahit-pahit sedikit. Tapi yang paling saya gemar adalah durian yang isinya mekar, bila disiat fizikalnya look like dada ayam.. emm memang sedap sangat yang ni.

Waktu kecil-kecil dulu arwah nenek yang kami panggil Mak Aji memang tahu benar kegemaran saya ni. Bila dapat jer durian sebegini dia akan menyimpannya untuk cucunya ni.
Sementelah dia mempunyai kebun durian sendiri yang mana sekarang kebun duriannya telah diwarisi oleh Pakcik saya dan tak dapatlah kami nak merasa durian tu lagi. Durian dari kebun Mak Aji dan kampungnya memang agak terkenal. Kalau di Pasar Pasir Mas..seingat saya waktu kecil apabila mengfollow emak kekedai pasti ada terdengar orang-orang yang bertanya:
pembeli: ini durian mana? Durian Chicha Tinggi ker?

Memang kalau betul orang akan borong durian tersebut ditambah pula durian tu dari kebun Mak Aji memang famous Amous gitu. Agaknya setaraf dengan D24 kot. Saya kurang pasti.

Saya mempunyai kenangan yang agak melucukan berkaintan durian ni, sewaktu kami kecil dulu bila mengopek durian dan mengambil isinya, kulit durian seolah-olah masih belum dibuka. Kesempatan ini kami mabil untuk meletak durian tu ditepi jalan, seolah-olah seseorang telah terjatuh durian tu ditepi jalan secara tak sengaja. Kebetulan rumah kami hampir dengan jalan, selepas meletakkan kulit durian tu kami akan menghendap dari tingkap berhampiran melihat siapa yang bakal menjadi mangsa.

Bila dapat mangsa, apalagi gelak sakan la kami nak pula yang kami kenakan tu orang-orang dewasa...memang lucu bila lihat expresi wajah dan gelagat orang yang melihat dan ada yang mengangkat durian tu..emm lebih kurang macam wa kena beb la. rindunya nak jadi kanak-kanak kembali.

Wednesday, July 8, 2009

Telur Separuh Masak

Emm ada yang gemarkannya dan ada yang tidak. (gambar dari pakcik google yang baik hati)
Hakikatnya telur ayam separuh masak biasanya menjadi juadah iringan waktu pagi tak kiralah bersama sekeping roti bakar yang disapu planta dan kaya serta kopi o memang menjadi penambat selera bagi kebanyakan orang ataupun beriringan dengan juadah-juadah waktu pagi yang lain sperti nasi lemak, mee goreng mahupun roti canai.

Tak susah nak mendapatkannya, boleh buat sendiri dirumah atau pergi saja kemana-mana kedai mamak ataupun kopitiam sure dapat punyalah. Khasiat sebenar tak pula diketahui, namun rata-rata orang memperkatakan ianya mencerdaskan minda, menyihatkan tubuh badan dan sewaktu dengannya lah. Teringat sewaktu kecil dulu, kami adik-beradik memang dipaksa makan telur separuh masak ni. Rasanya waktu penyeksaan yang amat terutama kakak saya CikIza. Muka masa tu dah macam-macam kaler. Nak pula time tu telurnya jenis gred A, besar bagak nak telan. Sebiji setiap pagi memang wajib. Ayah mahu semua anak-anaknya cergas dan cerdas. Mungkin betul kot. Sewaktu sekolah rendah dulu kami adik beradik setiap kali peperiksaan pasti akan menjuarai kedudukkan teratas dan kami tahu apa itu erti kekalahan. Nombor tak boleh lebih dari 5 itu kata Ayah dan kami berusaha untuk mendpatkan yang terbaik bagi mengembirakan ibubapa.

Tak cukup dengan telur ayam kami dipaksa juga minum Scot Emulsion oh bukan jenama cat ya!. Ayah mahu ingatan kami kuat, minda cergas walaupun harga sebotol Scot Emulsion agak mahal waktu itu Ayah berusaha juga bagi untuk anak-anaknya. Mahu anak-anaknya pandai lebih dari semua orang..emm hebatnya ayahku. Dulu minyak ikan kod ni tak ada perisa original flavour. Sekarang dah ada orange flavour dan dah ada yang jenis tablet rasanya. Rasa original memang teruk memang nak termuntah bila minumnya. Kalau disuruh minum sekarang pun saya still tak mahu.Dulu kena paksa, ayah akan tunggu emak suapkan setiap pagi kalau muntahkan balik tahulah akibatnya dari ayah.

Berbalik pada cerita telur tadi, sewaktu kecil saya sering mengikut emak ke pasar dan bila emak beli telur saya akan pastikan mak pilih telur yang kecil-kecil agar senang nak telan tiap-tiap pagi.Dulu saya tak tahu ada istilah gred ABC pada telur ni tapi sekarang senang jer nak cari tak payah pilih-pilih semua dah siap dikategorikan. Sekarang tiba pula giliran saya buat telur separuh masak ni untuk Sara tapi dia tak susah sepertimana saya dulu, tak payah paksa senang jer dia ngap malah diberi satu nak dua pula. Tapi pasal scott emulsion still tak dapat paksa dia untuk makan gunalah keedah apa pun tak jalan juga, mungkin kena bagi yang tablet punya kot!! kena cuba!..

Tuesday, July 7, 2009

tak tahan la..rasa nak...

Uwekkk!!!tetiba semerbak bauan seakan kencing, hapak, hamis, pengap sangat bauannya menerpa ke rongga hidung. Hampir-hampir saya termuntah. Malaun betul la. Tak yah toleh-toleh dah tengok sapa yang bawa bau-bauan tu..bukan makcik indon cleaner ataupun tong sampah kat pantry tapi bau ni adalah dari apek yang tak pernah mandi kat department saya ni..fuh tak tahan saya..cepat-cepat saya keluarkan botol perfume kecil yang saya beli kat Sham tu. Muka dah rasa hijau, biru kuning menahan rasa..cis!! elok simbah petrol jer..!!

Tak ada apa..

yang nak ditulis. tak ada apa yang nak bicara. Semuanya kelu seribu bahasa. N3 apakah ini??.

Friday, July 3, 2009

Nur Kasih..suatu drama yang penuh makna

Saya boleh dikatakan bukan peminat drama Melayu ataupun filem melayu zaman sekarang, diulangi zaman sekarang yang mana walaupun ianya dilakonkan oleh pelakon terkenal E.ra Fa.zi.ra ker Fas.ha Sandar Sandha ker saya tak suka. Saya tak suka mendengar nada suara mereka seolah-olah mereka bukan berlakon tapi dalam pertunjukkan suara sapa paling nyaring. Amat berbeza dengan lakonan zaman P.Ramlee, hampir semua filem-filem P.Ramlee meninggalkan kesan walaupun yang berlakon tu hanyalah Bai (Pak Guard dekat studio Jalan Ampas)...hheh apa sajalah labu.hee sungguh tidak menyokong filem tempatan saya ini.

Minggu lepas saya baru menonton drama melayu Nur Kasih itupun secara kebetulan setelah tak tau siaran apa yang ceritanya seronok untuk ditonton sementara En. Director bersiap untuk pergi dinner kat Cafe Melody SU3, seronok pulak saya menontonnya, kali ini tidak pula ada pelakon yang menjerit-jerit bila bercakap. Semuanya nampak bersahaja. Nur Amira lakonan siapa saya tak tau la..mungkin pelakon baru kot boleh dikatakan berjaya. Maaf saya memang tak menghafal dan tak mengenali pelakon kat Malaysia ni..ishh bongkaknya saya.

Pada mulanya saya sekadar memenuhi masa terluang saja tapi akhirnya sementelah Sara jugak tertidor lantas terus saya tonton cerita tu sampai habis...ahh rasanya waktu tu mau saja saya menonton lagi dan lagi..sampai akhirnya dinner malam tu tercancell..opss sori ya Sara tu la pasal omi dah cakap jgn baring nnt tertidor..ah lupakan cerita sampingan ini..
Bukan saja watak yang dipegang Nur , watak-watak lain seperti suami Nur Adam, Aidil dan ramai lagi la boleh dikategorikan sangat-sangat ok. Jalan ceritanya pun ringan tapi sentiasa buat para penonton tertunggu-tunggu apa yang bakal berlaku. So apalagi jom tonton bersama malam ni.

Tahap bosan bila saya jawab 30 soklan ni.

1.Bekas kekasih saya – seorang yang sama dari segi tinggi paras rupa dan bentuk badan dengan suami saya. Duduk dekat macam adik beradik tau!!

2. Saya sedang mendengar – officemate saya yang sedang menunjukkan dia rajin bekerja dengan bercakap banyak.

3. Mungkin saya patut – meniru style opismate saya baru saya dapat gaji yang banyak macam dia..

4. Saya suka
– jika duit yang bekerja untuk saya bukan saya yang bekrja untuk duit.

5. Sahabat-sahabat saya – semuanya saya rasa berjaya dengan kehidupan masing-masing bilamana dapat tau semuanya bekerja denagn status manager ke atas.

6. Saya tak faham –kenapa saya masih bekerja disini sedangkan orang lain semuanya dah blah!!

7. Saya kehilangan – duit RM3k gara-gara phishing kat Maybank 2u.com

8. Ramai yang berkata – diri mereka cun tanpa pujian dari saya!!!wakaka

9. Cinta itu adalah – seperti hanger boleh disangkut dimana-mana

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – membaca blog merapu saya.

11. Saya akan cuba –mendapat pekerjaan yang lebih bagus dan duit byang banyak untuk menampung keperluan saya dan family.

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Together forever and ever

13. Telefon bimbit saya – adalah yang easy to use.

14. Bila saya terjaga – barulah saya sedar yang saya kena kerja untuk mendapatkan duit.

15. Saya paling meluat – mendengar orang yang sering berkata “tau tak pa” walaupun saya jugak sering mengungkapkan perkataan tersebut!!hheheh

16. Pesta/parti adalah –tidak sesuai dengan jiwa saya!!

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – ialah si rabbit yang selalu datang bertandang ke laman saya..rasa nak sembelih buat satay aja!!

19. Hari ini – saya bangun dan impikan hari ni adalah hari cuti…

20. Malam ini saya akan – kemas rumah dan basuh baju dan rearrange kedudukan tempat melepak depan TV tu!!

21. Esok pula saya akan –survey khemah kecil untuk diletakkan dihalaman rumah saya.

22. Saya betul-betul inginkan –kereta Honda CRV yang saya impikan lama dulu..dari model lama sampai model baru lagi nla saya teruja!!!

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini –saya wonder kenapalah saya tak putih melepak, baru senang nak match any color tudung dengan wajah saya.

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan –Pusat membeli-belah sebab saya boleh menjamu mata dengan kenyang.


25. Makanan Barat atau Jepun? – Barat sebab senang nak prepare save masa saya.

26. Bilik yang terang atau gelap? – Gelap??? Tak sukalah saya takut gelap tapi saya suka suasana suram romantic gitu..

27. Makanan segera adalah –makanan yang dimasak dan dimakan cepat-cepat..boleh gitu?

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang –tau tak pa…hehhe!!

29. Lepas ini saya akan – makan burger Malaysia yang berintikan sambal ikan bilis..sedap banget!

30. Siapa yang anda ingin tag – orang yang rajin meng update blog dan special khas buat Cik LG

Thursday, July 2, 2009

It's save my time

Lepas ambik Sara after school sampai rumah nearly 7 p.m. Sampai rumah tengok motorcyle En. Director tak ada. Biasanya dia yang sampai dulu,..ah lantaklah..lagi senang nak buat kerja pelbagai. Masuk kitchen, emm really messy, pinggan mangkuk penuh sinki, ini kerja EN. Director la, makan tak pernah nak cuci, lepas satu satu pinggan dipunggah keluar..dah abis stock yang bersih baru dia basuh itupun satu jer lah for his use.
"Cepat mandi Sara, we're having a dinner like mat salleh tonight"
"apa omi cakap ni, tak faham la"ngomel Sara
"kita dinner..tapi tak makan nasi, just makan sosej, baked beans, harsh brown adn salad".
"salad tu apa"
"sayur mentah"
"ok ..Sara nak semua tu tapi tak nak nak sayur"
tah macamana saya nak ajar dia makan sayur, carot ada jugak dia makan tapi alahai kuantitinya ciput sangat.
"Ok Sara pergi mandi, sementara tu omi siapkan dinner ya".
emm very the fast, bak kata LG nak siapkan dinner style tekak mat salleh ni memang cepat, save masa saya untuk buat kerja lain.
Bila Sara siap berpakaian dan berbedak dinner dia pun siap. I make it two set only sebab En. Director tak balik lagi dan kalau balik pun bukannya dia nak ngap pun style makan camni.
"tak selera langsung" biasanya itulah luahan En. Director..tapi bagi saya its yummy and delicious tak terlalu heavy cam makan nasi tapi cukup mengenyangkan..gambar tak leh tayang lagi belum upload.
Dek dinner ikut tekak mat salleh ni saya dapat kemas rumah, basuh baju dan sempat lagi belek majalah before 11.p.m (sebelum my tidur time). Opss tak lupa sempat lipat kain baju lagi gitu...

Luckily also En. Director tapau nasi dari pasar malam for its' own dinner.

Wednesday, July 1, 2009

Jangan Tegur tapi di Tegur Award

Pelik tak tajuknya??..bantai jer lah..
Petang-petang cam gini membelai mata yang kuyu dengan menjelajah segenap blog alam maya memang mengsyokkan. Bila petang gini ramai yang dah update dan kemas kinikan blog. Singgah rumah Cik Emma tetiba nampak nama saya ditegur dia..walaupun dalam hati agak was-was ia ker saya yang ditegur dek Cik Emma ni.. emm rasanya ia kot baik saya balas sapaan Cik Emma.. ialah kalau ditegur tak berjawab ada yang kecik hati nanti baik saya jawab ya tak.

Cik Emma tegur saya cam gini:



1. Kenapa korang rase korang patut dapat award ni ???
a..aa.a.a saya rasa saya patut dapat award ni sebab saya sangat suka diawardkan award ni ditujukan pada saya dengan ikhlas oleh yang memberi dan saya amat berbesar hati menerimanya..eceh!!

2. Ucapkan penghargaan korang pd sape setelah terima award ini.
mestilah pada Cik Emma sebab dia yang bagi award ni..kalau dia tak bagi saya sapa lagi yang nak bagi such a nice award cmgini..terharu mak.. nyah!!!

3. Korang wajib bagi pada 10 orang penerima award ini plak.
hoho..ini yang susah ni sebab 2 tiga kerat aja yang baca blog saya..so tak cukup sepoloh ni..cmner?? gini lah sapa yang singgah kejap-kejap kat teratak saya ni silalah buat ikut prosedur biasa. Nak saya senaraikan nama takut orang tak sudi buat nnt saya kecik hati lak.huhu..ialah siapalah blog ni ..gobok aja..

Jangan Pandang Belakang!!

Sekejap jer masa berlalu, sedar tak sedar dah setengah tahun pertama 1 Jan 2009-30 June 2009..dah setengah.Apa yang dah berlaku setengah tahun ni pun dah banyak yang saya buat-buat lupa dan memangnya sengaja saya lupakan, manis pahit masin masam semua dah berlalu..baru setengah tahun tapi saya sengaja..ya memang ya saya sengaja malasm, penat dah perah otak fikir balik what was already happend. Event yang manis pun tak mau saya ingatkan. Banyak lagi perkara dihadapan yang perlu saya kejar dan perlukan perhatian saya. Otak tepu saya ni harus kuat berfikir dan bekerja..harus menjana suatu yang positif..yang dah berlalu biarlah berlalu..bukan tak mau pandang belakang tapi sakit leher dibuatnya..saya harus fokus ada jalan yang penuh liku, onak dan duri dihadapan takut jika saya asyik menoleh nnt tersadung pulak kaki..so jangan pandang belakang..