NuffNANG

Wednesday, July 15, 2009

Mari Membaca

Kenapa saya malas membaca?. Soalan seperti ini hanya saya yang mampu menjawabnya. Walaupun dalam kegalakkan saranan Kerajaan supaya membudayakan aktiviti membaca namun sikit pun tak saya hiraukan. Saya bukan pengemar novel, bukan pengumpul novel dan bukan jugak pembaca novel. Saya tidak akan menyelak halaman novel jika berkunjung ke toko-toko buku. Jika singgah ke toko buku saya akan mencari buku-buku resepi masakan,itupun pandangan pertama saya adalah dengan mencari gambar-gambar makanan yang mengiurkan cantik dipandang. Jika kekedai runcit yang menjual bahan-bahan bacaan ringan pulak saya hanya menyambar majalah Impiana ,Nur dan Dara.com
ishh still baca Dara.com tak sedar diri tua ekekeh!!. Bukan tak pernah membaca novel..tapi bilangannya amat sedikit dibandingkan dengan orang lain. Seingat saya waktu alam kanak-kanak dulu saya pernah menang kategori pelajar banyak membaca buku…dan jika dulu setiap peperiksaan hujung tahun pasti kami akan dihadiahkan dengan buku jika mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga mahupun jika terbaik dalam sesuatu subjek. Jika 6 tahun bersekolah rendah pastinya saya akan mempunyai 6 buah novel/cerpen itu belum ditambah jika setiap tahun muncul sebagai pelajar terbaik dalam sesuatu subjek, mungkin 12 buah kot…heheh..bukan saya tu. Tapi membaca tidak terhad pada novel saja kan, banyka lagi rangkaian buku-buku ilmiah yang dapat diterokai dengan membaca. Apapun biarlah orang malas sperti saya ni memulakan dengan membaca cerpen ataupun novel.

Dengan tergengamnya dua buah novel yang tetiba di pass kepada saya hari ni , saya berazam untuk rajin membaca bermula dengan novel ni. Tapi persoalannya selama mana masa yang akan saya spend untuk menghabiskannya wallahuallam sementelah bulan puasa semakin hampir..nak jugak baca Quran bulan yang mulia ni.


Info: Tajuk 2 novel iaitu The Far Morning-Brenda Clarke & Buffy, The Vampire Slayer

CikSally:Emm..alaahaii

2 comments:

ARA said...

novel inggeris tu..kalau sy nk bc..i'll make sure i have a dictionary beside sbb of course ada yg x fhm..apapun..gud luck in reading those material..he3..

Sally said...

huwaa3x.tak percaya mak nak baca novel inggeris ker nyah!!hehheh. tak kuasa you..