NuffNANG

Friday, July 24, 2009

H1N1 Selsema BABI


 

Semalam sesampai saya diperkarangan sekolah transit Sara, tengok suasana agak lenggang. Uik apa sudah jadi, ini tak lain tak bukan pasal kes H1N1. 2 hari lepas dah masuk news pasal penutupan 1 kelas angkara kes selsema BABI H1N1 ni. Dalam fikiran saya hanya terfikir, eh mana Sara kalau betul sekolah ni ditutup. Amat sunyi.

Tetiba terdengar jeritan Sara.


 

Omi..jom balik


 

Ish dah siap bawa segala pelbagai barang-barang dia. Sebelum pulang saya mendapat sedikit info tentang penutupan sekolah dari sekolah transit Sara. Tak banyak sangat info sangat yang saya dapat. Saya terfikir untuk menjengah website sekolah tersebut lepas maghrib nanti. Wah Si Sara bukan main happy lagi sekolah tutup. Budak apa yang dia tau..tau nak seronok jer, Dalam kereta dia siap menyanyi lagi:


 


 

À
A B C D E F G… H1N1 Selsema BABI À


 


 


 

23.07.2009 / 30 Rejab 1430

Yang dihormati
Dato' Datin, Tuan-puan
Ibu Bapa, Penjaga
Dan Murid-Murid
 SK Subang Bestari.


MAKLUMAN H1N1 SK SUBANG BESTARI

Merujuk kepada perkara diatas.


2.                    SK Subang Bestari akan DITUTUP mulai khamis 23.07.2009 (1.30 petang) sehingga khamis 30.07.2009 (6.30 Petang) atas nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekolah akan DIBUKA semula pada jumaat 31.07.2009.


3.                    Murid-murid yang tidak sihat dinasihatkan berehat dirumah. Sekiranya murid-murid mengalami simpthom H1N1 (deman, selsema, sakit-sakit sendi, dan sesak nafas) sila dapatkan rawatan dengan segera.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"


En. Abd. Aziz Bin Hj Md Ali
abdaziz@sksb.net
Guru Besar
SK Subang Bestari
Tel. : 019-6111485
Tel. Pejabat : 03-78457401
Fax : 03-78591495


 



Nota:
Sila abaikan surat makluman yang terlebih awal.

1 comment:

Umie said...

hehe.. hinGat anis sowanG citE bab niEh =P