NuffNANG

Thursday, July 9, 2009

Sesekali pekena ni..


memang tak ingat dunia weh!!. Nak pula pekena dengan santan dan pulut memang terangkat. Patutla digelar raja buah. Pada sesiapa yang tak makan buah durian ni memang rugi.

Nak dikatakan saya 100% gemar durian tak jugak, biasanya saya akan pilih yang berwarna kekuningan sedikit, berbau wangi dan isinya tidak terlalu lembik. Rasanya agak pahit-pahit sedikit. Tapi yang paling saya gemar adalah durian yang isinya mekar, bila disiat fizikalnya look like dada ayam.. emm memang sedap sangat yang ni.

Waktu kecil-kecil dulu arwah nenek yang kami panggil Mak Aji memang tahu benar kegemaran saya ni. Bila dapat jer durian sebegini dia akan menyimpannya untuk cucunya ni.
Sementelah dia mempunyai kebun durian sendiri yang mana sekarang kebun duriannya telah diwarisi oleh Pakcik saya dan tak dapatlah kami nak merasa durian tu lagi. Durian dari kebun Mak Aji dan kampungnya memang agak terkenal. Kalau di Pasar Pasir Mas..seingat saya waktu kecil apabila mengfollow emak kekedai pasti ada terdengar orang-orang yang bertanya:
pembeli: ini durian mana? Durian Chicha Tinggi ker?

Memang kalau betul orang akan borong durian tersebut ditambah pula durian tu dari kebun Mak Aji memang famous Amous gitu. Agaknya setaraf dengan D24 kot. Saya kurang pasti.

Saya mempunyai kenangan yang agak melucukan berkaintan durian ni, sewaktu kami kecil dulu bila mengopek durian dan mengambil isinya, kulit durian seolah-olah masih belum dibuka. Kesempatan ini kami mabil untuk meletak durian tu ditepi jalan, seolah-olah seseorang telah terjatuh durian tu ditepi jalan secara tak sengaja. Kebetulan rumah kami hampir dengan jalan, selepas meletakkan kulit durian tu kami akan menghendap dari tingkap berhampiran melihat siapa yang bakal menjadi mangsa.

Bila dapat mangsa, apalagi gelak sakan la kami nak pula yang kami kenakan tu orang-orang dewasa...memang lucu bila lihat expresi wajah dan gelagat orang yang melihat dan ada yang mengangkat durian tu..emm lebih kurang macam wa kena beb la. rindunya nak jadi kanak-kanak kembali.

No comments: