Malam ini saya berkesempatan untuk menonton sebuah drama diTV2. Agak menarik walaupun bukan dalam perancangan untuk menontonnya cuma En. Director tersalah tekan saluran siaran saja. Watak utama dipegang oleh Lisdawati dan Azri Iskandar. Pada awal tontonan saya setelah cerita itu bersiaran hampir 15 minit dialog dibawah yang menangkap untuk saya menonton sampai habis:
Lisdawati/Mastura:
emm bau hapak la baju abang, dah berapa kali saya cakap jangan pakai baju yang sama. (sambil menghidu bau badan suaminya).
(suasana diruang tamu, bilamana si suami sedang besenang lenang menonton tv sambil berbaring enak disofa,sementelah si isteri baru pulang dari tempat kerja barangkali).
Azri/Nazri :
ala mana ada bau.baru dua kali abang pakai. Mana ada bau pun.
(dialog lebih kurang la sebab dialog sebenar tak dapat kpd saya)
Lisdawati/Mastura: eh abang ni dah berapa kali saya cakap jangan lepak kat sofa saya ni habis lekat bau badan abang tu, badan dah la mudah berpeluh. (tindakan si Mastura dengan menarik kusyen sofa, mengalihkan dari belakang suaminya.
Dek perlakuan watak dan dialog ni terus saya dan En. Director mengambil keputusan menontonnya .Nak tahu kenapa???Watak yang dibawakan ada berlebih kurang dengan perangai kami. Hahha harus saya menontonya. Begitu juga pemikiran En. Director kot sebab tu dia pun sudi menonton bersama saya.
Agak lama juga cerita tersebut dari 8.00 hingga pukul 10.15 lebih kurang. Jalan cerita yang sangat-sangat mirip dengan watak kami kot. Kata-kata dan ayatnya semua macam dialog yang selalu kami gunakan kat rumah. Saya tak pandai nak mengolah kembali cerita ni, sebab jika saya bercerita pasti sama panjangnya dengan masa tontonan anda. Kalau nak tengok cubalah tanya CikYoutube manalah tau ada yang menguploadkannya disitu.. cubalah cari tajuknya Cari Pasal. Saya pasti mungkin sedikit sebanyak ada persamaanya dalam kehidupan anda jugak!
Yang paling menarik perhatian saya bila diakhir cerita semua watak berkata-kata sebagai nasihat kepada penonton tentang alam berumahtangga.
Salah satu watak berkata: Cerminlah diri dengan pasangan anda kerana apa yang ada pasangan anda itulah anda sebenarnya.
1 comment:
kOmEn????
btOL3... =P
Post a Comment