NuffNANG

Wednesday, July 8, 2009

Telur Separuh Masak

Emm ada yang gemarkannya dan ada yang tidak. (gambar dari pakcik google yang baik hati)
Hakikatnya telur ayam separuh masak biasanya menjadi juadah iringan waktu pagi tak kiralah bersama sekeping roti bakar yang disapu planta dan kaya serta kopi o memang menjadi penambat selera bagi kebanyakan orang ataupun beriringan dengan juadah-juadah waktu pagi yang lain sperti nasi lemak, mee goreng mahupun roti canai.

Tak susah nak mendapatkannya, boleh buat sendiri dirumah atau pergi saja kemana-mana kedai mamak ataupun kopitiam sure dapat punyalah. Khasiat sebenar tak pula diketahui, namun rata-rata orang memperkatakan ianya mencerdaskan minda, menyihatkan tubuh badan dan sewaktu dengannya lah. Teringat sewaktu kecil dulu, kami adik-beradik memang dipaksa makan telur separuh masak ni. Rasanya waktu penyeksaan yang amat terutama kakak saya CikIza. Muka masa tu dah macam-macam kaler. Nak pula time tu telurnya jenis gred A, besar bagak nak telan. Sebiji setiap pagi memang wajib. Ayah mahu semua anak-anaknya cergas dan cerdas. Mungkin betul kot. Sewaktu sekolah rendah dulu kami adik beradik setiap kali peperiksaan pasti akan menjuarai kedudukkan teratas dan kami tahu apa itu erti kekalahan. Nombor tak boleh lebih dari 5 itu kata Ayah dan kami berusaha untuk mendpatkan yang terbaik bagi mengembirakan ibubapa.

Tak cukup dengan telur ayam kami dipaksa juga minum Scot Emulsion oh bukan jenama cat ya!. Ayah mahu ingatan kami kuat, minda cergas walaupun harga sebotol Scot Emulsion agak mahal waktu itu Ayah berusaha juga bagi untuk anak-anaknya. Mahu anak-anaknya pandai lebih dari semua orang..emm hebatnya ayahku. Dulu minyak ikan kod ni tak ada perisa original flavour. Sekarang dah ada orange flavour dan dah ada yang jenis tablet rasanya. Rasa original memang teruk memang nak termuntah bila minumnya. Kalau disuruh minum sekarang pun saya still tak mahu.Dulu kena paksa, ayah akan tunggu emak suapkan setiap pagi kalau muntahkan balik tahulah akibatnya dari ayah.

Berbalik pada cerita telur tadi, sewaktu kecil saya sering mengikut emak ke pasar dan bila emak beli telur saya akan pastikan mak pilih telur yang kecil-kecil agar senang nak telan tiap-tiap pagi.Dulu saya tak tahu ada istilah gred ABC pada telur ni tapi sekarang senang jer nak cari tak payah pilih-pilih semua dah siap dikategorikan. Sekarang tiba pula giliran saya buat telur separuh masak ni untuk Sara tapi dia tak susah sepertimana saya dulu, tak payah paksa senang jer dia ngap malah diberi satu nak dua pula. Tapi pasal scott emulsion still tak dapat paksa dia untuk makan gunalah keedah apa pun tak jalan juga, mungkin kena bagi yang tablet punya kot!! kena cuba!..

4 comments:

Umie said...

hadEsh! tinGat tuLur kat mapLey 223 la kak.. uhEee... HenGat x, yG masa kita mEnikmati kelazatan minOman pagi, disamping kita dok lawan menjeling pd mamat yg dok pakei sluar men boLa tuEh? huagH3....

Sally said...

ya ya..dah lama tak makan tulur...hehhe..

Anonymous said...

sakit otak baca komen NuR Pu3..kalau ckp mcm biasa x blh ke?..ataupun skrg ni zaman dh lebih/kurang perkataan?..sori ya tp btol la tu kn?

Sally said...

hehe..cik Anonymous..telengkan skit kepala baru boleh baca..heheh3x