NuffNANG

Friday, August 13, 2010

Bolehkah sahut cabaran ni??

entah la dapat ke tak..tahun ni bertekad tak mahu jejakkan kaki ke bazar ramadhan. Kalau tahun lepas boleh dikira dengan jari tangan jer jumlah kekerapan saya ke bazar ramadhan tahun ni agak2 akan bertambah atau berkurang tak dari tahun lepas.. itu kena tunggu penghujung ramadhan la nampak gayanya.

Hah tahun ni banyak chef2 terkenal saya dah jumpa kat alam maya ni...harapnya idea nak masak tak keringlah..kalau tak ke bazar ramdhan la gamaknya.. 2 hari sudah berlalu walaupun masih kurang sihat saya still masak yang ringkas-ringkas untuk saya dan anak dara berbuka. Hari pertama layan ayam masak merah dan gulai nenas ikan masin(dari kenduri) + sambal udang (dari jiran sebelah) reheat jer.
Hari kedua balik 6.15 terus bersilat kat dapur...tapi just masak gulai telur dan ayam goreng kunyitnya. Berbuka malam nanti tak tahulah nak masak apa lagi. Bahan basah memang tak ada dalam fridge..yang ada pun hanya siakap 2.3 kg yang belum dipotong2. Nak potong ni mesti ambik masa..tunggu hari minggu jer la buat sweat sour ker..makan ramai-ramai. Mungkin masak kari sardin jer kot dengan telur dadar. Tunggu hari minggu sahajalah baru senang beli stok bahan basah untuk seminggu. balik tak payah kelam kabut pergi pasar pelbagai.

Tapi dalam pada tu tetap gak dok google cari resepi2 menarik dan ringkas untuk minggu depan lak. Anda bagaimana apa planning nak masak hari ni??? ker nak pergi ke bazar ramadhan jer?

4 comments:

mak encik | SZ said...

hehehe...
sy bercadang nk masak sotong msk kicap (sesuwei utk kanak2 di rumah ni),sambal cili api/tumis, sayur bendi... udah tu..heheee

Sally said...

Sz.
Ok la tu.. fvrt akak tu nak pulak kalau ditambah dengan lada hitam dan daun limau purut..wangi jer...tapi rumah ni tak ada sotong la. tak sempat nak ke pasar hunjung minggu lepas..huhu

IntanSham said...

sama laaa kak, saya pun rasa x nak ke PaRam ini thn mcm thn lepas, sukses btol, masak je hari2 kalo ke param pun sekali dua beli kuih je. hari ni, mak ajak berbuka kat umah dia, menu... roti kirai. err.. tp rasa mcm nak carik kuih sikit laa kot bwk pi sana.. hehehee...

Sally said...

Sayang.Ibu,
akak ni jenis tak tahan godaan bab2 makan ni..tu yg x mau pergi.. kalo pergi RM10 tak cukup..