NuffNANG

Monday, August 23, 2010

Kerabu Mangga

Puasa belum pun masuk setengah bulan lagi..tapi tak ada berselera sangat nak menghadap makanan.. ada kerabu2 gini laju la pulak tangan menyuap nasi..

Saya buat ringkas jer kerabu ni..tu pun tak letak bilis goreng..orang rajin la katakan.

Bahan2.
Mangga dalam 5 biji parut kasar.
Carot 1/2 batang..parut halus memanjang.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak & tumbuk pecah-pecah
bawang putih-tumbuk pecah-pecah
Cili Padi-tumbuk pecah-pecah
garam dan gula-tumbuk bersama bwang putih dan cili-secukup rasa
Udang kering-sangai dan tumbuk.
Tomoto-potong nipis.
limau nipis-perah ambik jusnya.
Kacang panjang-potong dalam 2 cm
Bilis goreng-taburkan.
Caranya:
Mangga dan carrot tumbuk sedikit. Gaul rata dengan semua bahan yang dah ditumbuk berserta kacang panjang...taraaaaaaaaaa.sedia dingappp..

Amaran: jgn mkn banyak sangat..nnt tak habis sahur ke terawih dah berlari ke toilet lak..

4 comments:

sz | m.s.s said...

saya sika mkn kerabu mangga ni kak..
tp tak penah buat sendiri ...muehehe

TopsyTurvyMum said...

mak lama teringin kerabu mangga ni..dah beli dah mangga, resepi tak carik..tadi check, mangga dah benyek..

kempunan!

Sally said...

Sz..
kena cuba buat sendiri.beli kalo RM2 pun ciput jer dpt..

Sally said...

TTM,
aduh..mak simpati nyah..hang buat kerabu carrot jer la ya!...mak hari ni cadang nak buat kerabu tomato lak..