NuffNANG

Tuesday, August 3, 2010

Saya fikir saya tak perlu

....benarkan dia ikut serta dengan lawatan tu...patut ker?
Semalam sianak dara bawa pulang satu form. Ada lawatan katannya ke Zoo Negara dan Pusat Sains. Alahai berat hati saya nak benarkan...sampai pagi ni dia merayu-rayu dengan en.suami untuk ikut serta rombongan tu. Kalau mintak kebenaran saya confirm tak dapatlah..tapi en.suami pulak membenarkan dia ikut serta..hangin betul saya. Bukan apa tak haraplah saya dengan mek sorang tu...dia selalu terhegeh-hegeh..takut nnt kena tinggal ker apa..

Ugutan saya pada en.suami nampaknya tak berkesan...dia tetap sign kan form tu. Ok..kata putus dari saya..all the transportation to send and pick up mek tu dari sekolah dia en.suami kena bertanggungjawab...watever happend he the one that I should blame too..kejam ker?

Setengah jam yang lalu en.suami call saya...dia bagi tahu yang dia bagi anak dara tu ikut serta sebab..dia rasa mek patut pergi dan dia tak mahu nanti bila mek tu besar dia ungkit yang kami tak bagi dia join apa-apa aktiviti sekolah dia..emmm alahai..
Susah hati saya dibuatnya.

Tengoklah..nak lipat kaki seluar pun tak pandai lagi..

6 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

alahai kak, kasi je la dia pergi.. guru2 pasti akan awasi budak2 tu kan? Kesian juga kalu tak diberi peluang menyertai rombongan tu.. pi Zoo Negara ngan Pusat Sains..teruja sungguh!!

Sally said...

Yuyun..terpaksa ler nampaknya..walaupun berat hati..kesian pun ada tgk dia teruja gitu..

Umie said...

aik? anis xtaw pOn akk? uhuu

Sally said...

anis..you should ask Balqis & Batrisya..ada letter dari Kafa tu..lawatan tu pada ahad ni.

lemongrass said...

Sally,
so far I bagi aje anak2 I dua orang tu pergi excursions dgn their schools sbb sian jugak kalau orang lain pergi, dia sorang2 duk kat dlm kelas dgn sedih hati kan.
InsyaAllah, bila ada cikgu jaga, sure semua ok :-).

Sally said...

LG,
en.suami pun cakap mcm tu gak..biar dia rasa seronok dengan kawan2nya..tp tulah you tahu maybe dia ni my the only one daughter to yg tak berapa nak harap sgt tu..maybe Sally ikut dari jauh kot..:p