NuffNANG

Monday, August 30, 2010

Award

Rasa terharu lak bila ada yang sudi bagi award ni kat saya. Sebab soalan tak adalah memeningkan kepala saya yang tengah pening ni so saya jawab awrd dari Nur kat Birmingham nun. Terima kasih ya Nur sudi bagi award ni walaupun baru jer kenal....Soklan2nya gini jer:

Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.

Soalannya ialah:
Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?

Duit,biskut raya,shopping raya

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?

Sally..nama Datin tu x officemate yang bagi..tapi actually byk lagi nama samaran saya..ehheyg glamer jer sy update.

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

1. Suami
2. Anak dara saya
3. Semua family saya…err nak kena senaraikan kan ker?


Soalan 4
Panggilan untuk si dia?

Abang..time nak bodek..en.belacan time gaduh..time teman tapi mesra awak..oh ini bukan sebab dia pemancing tegar dan saya gelar dia awak-awak tu tau.hhehe

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
kasih sayang yang melimpah ruah..

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?

blog yang ada cerita best a.k.a blog perantau..
blog yang ada gambar cantik
blog resepi
blog selamba


Soalan 7
Tag 15 orang blogger
..yang ni jer yang paling susah nak jawap..sempena raya yang bakal menjelma 10 hari lagi..harap Nur maafkan saya..sebab kelu lidah gigil tangan nak taip nama blogger lain tu.. takut ada yang tak sudi nak jawap nnt saya kecik hati lak..bila saya kecik hati nnt tak ada rahmat buat saya..bila tak ada rahmat buat saya tak ada keberkatan..oh siapa2 saja yang baca blog ni teringin nak terima award ni update jer saya..nnt saya buat kunjung balas..Ok..sekali lagi maafkan saya Nur.

Dah 80%

biskut yang ditempah siap. Bukan banyak mana pun yang saya buat, tahun ni saya agak malas nak buat biskut so yang menempah hanyalah regular customer saya jer..dan saya hanya buat 1 jenisnya.Kakak saya gelarkan biskut ni once you pop up you can't stop. Dek letih tahap gaban untuk siapkan 10 balang biskut dalam 2 hari maka saya tak daya nak angkat kamera ke lokasi dapur. Nak tahu biskut apa yang femes(kononnya) tu tgk kat sini.. Saya masih mengekalkan harga yang sama..yer lah macam tak best la pulak nak naikkan harga walaupun banyak harga barang naik. Untuk 1 balang penuh lebih kurang 600gm(berat balang dan isi) saya jual dengan harga yang bagi saya boleh la lepaskan bil electrik saya nanti.

Dalam sibuk buat biskut yang femes tu..hhehe.. saya masih kekalkan untuk tidak hanyut ke bazar ramadhan. Pun tak ada kegigihan untuk mengambil gambar apa yang saya masak..sebab dah letih sangat. So lupakan untuk mengintai apa yang saya masak hujung minggu yang lalu. letih orr!!! esok cuti 31 August pun kena layan siapkan biskut lagi.

Thursday, August 26, 2010

Dah masuk hari ke 16

dah kita puasa kan!..dah mula rasa malas nak masak. Camana ni..tekad tak nak ke bazar ramadhan akan kantoi ker?..semalam bukak puasa dengan anak dara buat satu jenis lauk jer..lepas tu makan bubur lambuk pemberian MDKS.. boleh tahan sedapnya..nak pula mkn dengan serunding daging dan ikan bilis goreng..layan jugaklah..

Saya makan sayur-sayuran tu jer dengan nasi..anak dara pulak habiskan ikannya..Ikan Goreng kicap ni kena sekali-sekala memang best jugak..nak buat pun senang banget. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu bila ada tetamu datang lauk yang paling senang mak saya masak ikan goreng kicap ni la...sekejap jer dah boleh makan..layannnnnnn

Tuesday, August 24, 2010

Hari-hari Kerabu

tak bosan ker?..sementelah en.suami night shift minggu ni..boleh la masak yang lain dari biasa sikit. Ni first time saya buat kerabu tomato ni. Untuk saya seoarang saya buat seminimum yang boleh. Saya guna sebiji tomato jer dan tambah dengan timun jepun..saya guna resepi kerabu mangga tu jer...tapi tak letak udang kering..hanya ikan bilis goreng..berselera makan walaupun berdua dengan anak dara..hari2 kerabu macam ni boleh tambah berat badan ni.....nampak macam kerabu mangga jugak adanya..hehhe...sumpah ni kerbau kerabu tomato tau!

Monday, August 23, 2010

Ayam Percik Berempah tapi Derhaka

Sabtu buat ni..nk bakar macam biasa..tapi malas nak cari arang pelbagai..so saya stimkan ayam yang dah perap dengan rempah.. saya tak ikut resepi resepi asal ayam percik yang biasa mak saya buat..ampun mak..anak mak dah adjust sesuka hati dia jer..bahan2 sy main campur dan agak2 jer...rasa boleh tahan la.


Bahan perap:
lada hitam
ketumbar
bawang putih
halia
jintan putih
jintan manis
garam

tumbuk kasar semua bahan dan lumur pada ayam.perap seketika.. stim separuh masak.

Panaskan pan non-stick..guna planta/minyak sedikit bakar sampai masak. dah masak..celup dengan kuah perciknya..dan ulang bakar seketika biar ayam serasi dengan kuah perciknya.

Kuah percik.
bawang merah-tumbuk
bawang putih-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
sedikit cili giling
santan pekat
garam
gula
asam keping

Tumiskan bawang merah+ bawang putih+halia+cili giling dengan sedikit minyak..bila sebati dan masak..curahkan santan pekat + garam +gula + keping..kacau hingga sebati sampai terbit minyak..jika kuah agak pekat boleh ditambah dengan baki santan cair.

Kerabu Mangga

Puasa belum pun masuk setengah bulan lagi..tapi tak ada berselera sangat nak menghadap makanan.. ada kerabu2 gini laju la pulak tangan menyuap nasi..

Saya buat ringkas jer kerabu ni..tu pun tak letak bilis goreng..orang rajin la katakan.

Bahan2.
Mangga dalam 5 biji parut kasar.
Carot 1/2 batang..parut halus memanjang.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak & tumbuk pecah-pecah
bawang putih-tumbuk pecah-pecah
Cili Padi-tumbuk pecah-pecah
garam dan gula-tumbuk bersama bwang putih dan cili-secukup rasa
Udang kering-sangai dan tumbuk.
Tomoto-potong nipis.
limau nipis-perah ambik jusnya.
Kacang panjang-potong dalam 2 cm
Bilis goreng-taburkan.
Caranya:
Mangga dan carrot tumbuk sedikit. Gaul rata dengan semua bahan yang dah ditumbuk berserta kacang panjang...taraaaaaaaaaa.sedia dingappp..

Amaran: jgn mkn banyak sangat..nnt tak habis sahur ke terawih dah berlari ke toilet lak..

Friday, August 20, 2010

Nasi Lemak Daun Kunyit

Semalam kerana semua lauk pauk kat fridge dah pupus..maka saya ambik kesempatan baut buat nasi lemak. Sonang kerja den!..itulah yang terdetik sewaktu sampai rumah dalam jam 6.20. Terus ke dapur.bersilat.. bila nak ambik daun pandan kat laman rumah tengok daun kunyit macam melambai-lambai suruh sentuh dia. ishh segar elok jer daun kunyit ni..nak buat kerabu daun kunyit mcm Kak Nor Secubit Garam tu tak cukup la pulak lagipun kata Kak Nor..elok kalo daunnya masih bergulung tu..ni daunnya dah kembang semangkuk..macam tak best la pulak. tangan kiri pegang daun pandan nak potong tp tgn kanan pulak dok meraba daun kunyit...tarik sikit ..ish wangi la pulak...alih2 terus tarik daun kunyit..segar jer baunya. Jadilah..nasi lemak mcm dlm gambar ni..best la bau dia..dah la lemak gila sampai sahur pun still makan nasi lemak lagi dan akibatnya pagi-pagi lagi dapat call dari en.suami..ingatkan dia nak cakap bestnya nasi lemak awak buat tu..tapi lain pulak jadinya..
encik suami: awak jangan masak nasi lemak lagi la bulan puasa ni..
saya: kenapa bang?..tak sedap ker..awak cirit birit ker?
en.suami: lemak sangat ni..ngantuk saya dibuatnya..belum pukul 10 pun lg ni..tapi mata dah nak kena tongkat ni.

Lorr!!Maunya dia tak mengantuk..menambah sampai dua kali..ish!!ish!!.
Sebab semalam just masak nasi lemak+ goreng keropok mony dan gulai udang reheat aja jadi sempatlah saya buat murtabak segera tu lagi. Mana boleh tahan TTM pun dah tayang kat blog dia nun..

Tuesday, August 17, 2010

Kuih Bakar

Hah kuih ni saya buat Sabtu lepas..tapi baru hari ni ada masa nak update. Macam sibuk benar ya!.. kali ni saya tak lupa dari siapa saya ambik resepi ni...cuma resepi asal dari mana saya tak tahu . Terima kasih Kak Hanieliza sebab share resepi ni..sedap..lemak merdu gitu. ..tapi kuih ni tak sempat nak posing lebih2..potong pun agak sengget. Lain kali saya nak cuba buat lagi..memang teramat senang nak buat..tapi bila tgk adunan cair gila saya mcm tak konfident jer..Alhamdulillah dah bakar..sejuk baru potong baru nampak hasilnya.

Friday, August 13, 2010

Bolehkah sahut cabaran ni??

entah la dapat ke tak..tahun ni bertekad tak mahu jejakkan kaki ke bazar ramadhan. Kalau tahun lepas boleh dikira dengan jari tangan jer jumlah kekerapan saya ke bazar ramadhan tahun ni agak2 akan bertambah atau berkurang tak dari tahun lepas.. itu kena tunggu penghujung ramadhan la nampak gayanya.

Hah tahun ni banyak chef2 terkenal saya dah jumpa kat alam maya ni...harapnya idea nak masak tak keringlah..kalau tak ke bazar ramdhan la gamaknya.. 2 hari sudah berlalu walaupun masih kurang sihat saya still masak yang ringkas-ringkas untuk saya dan anak dara berbuka. Hari pertama layan ayam masak merah dan gulai nenas ikan masin(dari kenduri) + sambal udang (dari jiran sebelah) reheat jer.
Hari kedua balik 6.15 terus bersilat kat dapur...tapi just masak gulai telur dan ayam goreng kunyitnya. Berbuka malam nanti tak tahulah nak masak apa lagi. Bahan basah memang tak ada dalam fridge..yang ada pun hanya siakap 2.3 kg yang belum dipotong2. Nak potong ni mesti ambik masa..tunggu hari minggu jer la buat sweat sour ker..makan ramai-ramai. Mungkin masak kari sardin jer kot dengan telur dadar. Tunggu hari minggu sahajalah baru senang beli stok bahan basah untuk seminggu. balik tak payah kelam kabut pergi pasar pelbagai.

Tapi dalam pada tu tetap gak dok google cari resepi2 menarik dan ringkas untuk minggu depan lak. Anda bagaimana apa planning nak masak hari ni??? ker nak pergi ke bazar ramadhan jer?

Thursday, August 12, 2010

Baru hari ke 2 kan

tak lambat kan untuk saya ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak. Kenapa hari ni baru nak ucap ya!.alkisahnya..saya kurang sihat semenjak malam sabtu hujung minggu lepas. Saya telah diserang sakit perut yang teramat sangat sehingakan bila ke hospital saya disangka keguguran. Saya terasa sakit semenjak hari Sabtu lagi cuma saya fikir ini mesti sakit perut sebab nak datang bulan, tup tup samapi ke Ahad..bulan tak datang tapi sakit masih terasa. Petang Ahad saya telah membuat gerakan tonggeng tebalik ngiring mengiring menahan kesakitan..dalam hati cuma terfikir apasal la bulan ni sakit sangat ni..biasa tak macam ni...
setelah disuakan dengan panadol malam itu yang hanya merehatkan saya seketika sebelum saya dikejutkan dengan lambain bendera merah pukul 4 pagi...pun begitu walau disapu dengan minyak angin perut still tak baik..mencucuk sakitnya, dek kerana en suami ada maka dengan manjanya saya mintak dia hantar saya ke Klinik berhampiran. bila buat urine test dan diberi suntikkan pun masih tak hilang doctor menyuruh saya ke Hospital Sungai Buloh.
Saya ambik keputusan biar jer dulu....malu la mana tau ni sebab period punya pasal, nnt kena gelak dengan doktor kat situ jer.Satu lagi saya fikir mungkin doktor akan sangka saya smebelit. ish sembelit pun nak pergi kecemasan ker.. malu jer kan. Siang berganti malam , siang balik tapi sakit tak hilang..mahu tak mahu dengan surat dari klinik saya ke Hospital Sungai Buloh..biasalah kan hospital kerajaan..nak cepat pergi swasta la kan.. so setelah pot pet dengan doctor bahagian kecemasan saya buat urine test lagi.. nothing jugak. Saya di suspect sakit appendic tapi doctor pun tak berapa sure. Ding dong here and there saya dihantar ke pakar sakit puan..hah kat sini cepat giler doctor tu check.. so saya dihantar semula ke wad pemerhatian...emm diarah pulak masuk wad setelah dicheck oleh 10 orang doctor melayu & china. Saya pun tak tahu yang mana satu pakar.

Saya diarah berpuasa. Last food yang saya take adalah sekitar 10 mlm sebelumnya.. saya di tahan di wad..aduh.. lapar gila saya. Lebih dari 24 jam saya berpuasa tau..orang lain tak puasa saya dah berpuasa awal sehari...bila orang lain berpuasa pulak doctor arahkan saya berbuka. At the end saya balik tanpa mengetahui saya sakit apa. Simpton appendic langsung tak ada...tapi sampai saat ini saya masih terasa sakit. Oh ya..saya tak sempat nak buat cream puff lagi..memandangkan saya ada tugasan lain iaitu masak butter prawn dan koktail sagu+buah untuk 250 tetamu..langsung tak sempat nak buat cream puff untuk tayangan perdana hari tu..

Friday, August 6, 2010

Saya Cilok

sekali lagi saya terlupa nama makanan ni. Ni bukan pasal saya termakan semut atau buat-buat lupa tapi saya betul-betul lupa. Mohon maaf sebab lupa dari rumah mana saya singgah dan ambik resepi ni..dah cari dah tp tak jumpa, nak godek2 lama2 mata tak izinkan. Ini kes ingat time tu terus buat la ni..apa pun..dengan telur bergoyang tu memang sedap.. saya cuba letak nama egg benedict tp egg benedict bukan rupa gini kan, letak nama baked egg pun bukan gini. Layan jer la janji breakfast saya hari ni kenyang kan. Sesuai jugak kalo nak buat bersahur ni. Tuan reka resepi ..ya ampun ya!..

Dengki betul saya

...tak tahan tengok kat CASA Arina,segar-segar jer buahnya, saya pun bawa guni pergi petik kat kedai jugak adanya. Tapi tak banyak pilihan yang saya ada...itupun tak sesegar yang kat Casa Arina nun.Apalagi buah dah potong-potong layan la pulak dengan yougurt dan cik mayo

Thursday, August 5, 2010

Cream Puff: Pencarian berakhir

kita cuba resepi ni, saya dapat dari teman sekolah menengah dulu..harapnya jadi sebab kawan saya ni buat untuk jula...tempah??? jauh sangat nak tempahnya sebab dia dok Keningau nun.Apa pun saya C&P resepi dari tuan punya resepi ya! Jom sama-sama kita buat. Terima kasih Janna

Ok layan dulu resepinya dah buat nanti, kalau jadi kita layan gambar pulak.. ok

Cream Puff


Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. kemudian sapukan minyak/butter pada loyang pembakar. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Apabila adunan terbentuk seperti doh,tutup api dan biarkan adunan betul2 menyejuk.
5. Apabila adunan sudah betul2 sejuk,pukul menggunakan mixer, masukkan telur sikit demi sikit & teruskan putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180'C dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.


Custard filling

Bahan2:
500 ml susu segar/susu cair pun boleh
100 gm gula (saya kurang 90 gm saja)
80 gm tepung custard

cara2:
-masukan semua bahan2 ke dalam periuk,kemudian kacau rata biar tiada sebarang ketulan.
- masakkan di atas api kecil sambil terus mengacau supaya adunan tidak berketul2
-apabila adunan nampak semakin pekat ,tutup api dan terus kacau.
- gunakan inti kastard ini dengan segera kerana inti ini mudah beku.

Cara meletakkan inti :
-anda boleh membelah cream puff dan sudukan inti kastard ke dalam nyer
-atau pun anda boleh masukkan inti kastard ke dalam piping bag dan kemudian paipkan ke dalam cream puff.

Sejujurnya

Apa tindakkan anda bila mata anda disajikan dengan gambar-gambar yang tak berapa nak cantik dari kacamata anda?.. honestly berdepan dengan empunya diri..

1.cantik tak gambar saya?

Dalam hati saya: tak..gambar nampak kelam jer..camner nak ckp cantik
mulut saya: cantik la..ok.
anda: ?
2.saya nampak kurus tak?.

Dalam hati saya: tak, (kalo dah perut still macam belon kandung air yg nak pecah..tak kan nak cakap kurus)
mulut saya: ok la...teruskan diet..
anda:?

3. Dalam gambar tu saya nampak putih kan!
Dalam hati saya: you orang ***ia...you tanya saya nampak putih tak?.huhuh sedih nak jawab
mulut saya: hah ah..putih la jugak.
anda:?

So kalau setiap jawapan dari mulut saya ada "la" sorry..jawapan tu tak benar sama sekali. Kalau anda dalam situasi saya apa anda nak jawab..terus mengatakan ya atau tidak or ???

Cream Puff:Saya masih mencari...

dari semalam lagi saya masih mencari resepi cream puff tu. Jengah rumah kak Ummi, tapi kak Ummi cakap tak ada. Bukan tak ada resepi dari blog link mana2 tapi belum dapat yang rsa sehati sejiwa dengan saya. Saya dah cuba cari kat blogger yang famous tp tak tahu nak godek mana lagi..dalam kategori kuih muih ker? pastri ker? tak jumpa jugak...apa perlu saya menunggu atau pun perlu mengodek lain-lain resepi???

Wednesday, August 4, 2010

Dah setengah hari dah: please help me

saya dok google cari resepi cream puff...ya la saya ni tengah bercadang-cadang nak buat derma sikit sempena kenduri jiran saya sebelah rumah. Itupun kalo rajin.. banyak dah blog yang saya masuk cari ni..tapi belum decide lagi nak pilih yang mana satu. Saya pernah buat sekali..lama dulu, buat ciput jer un tuk try..rasa not bad tapiiiiiii.. agak cair sikit adunannya dan time tu tak guna piping bag pun untuk buat so macam tak cantik la kan puff dia..leper jer..tapi bawa kerumah mak habis jugak.

Ha lagi satu saya nak yang jenis tahan lasak..hehhe maksud saya boleh tahan lebih kurang dalam 5 jam bukan pada suhu bilik. Puff tu tak keras bila kena udara...ada sapa nak share info dengan saya...err ada lagi ni filling apa yang sedap ya..biasa saya jumpa filing kastard la.

Tolong saya ya!...nak buat kejutan sikit ni.

Anda tahu??

Saya pun baru hari kedua tahu, mungkin ada yang dah tahu..tapi rasa seronok pulak untuk berkongsi bersama. Saya dah try 2 kali memang rasa sedap la pulak. Untuk mendapat rasa nescafe yang betul-betul kick...jangan dikacau. Jangan kacau??.. bukan perkara pelik rasanya.

Bila sediakan campuran minuman tersebut: nescafe+coffemate+sugar+ hot water..don't stir..drink it slowly then you feel the taste...eceh..: cakap omputeh berterabur pulak dah. Air yang panas tadi mampu membuatkan gula sebati dengan sendirinya ..Yessss!! memang sedaplah.. rasanya..nak2 bila sudah berada ditegukkan terakhir..terasa betul nescafenya!!..kalau kena betul gaya campurannya..memang mcm latter pulak..heheh

Apa-apa lah mek!

Pagi-pagi mek tu ngamuk cari susu dia dalam fridge tak ada. Saya pulak lupa nak beli susu yang baru..alahai, nak buat milo pun dah habiskan semalam buat milo ais untuk en.suami.

"ni yang Sara geram ni..macamana susu Sara boleh hilang"

"cuba tanya abah..Sara yang suruh abah simpan dalam fridge semalam kan!".

"O..susu dalam gelas tu ker?, abah dah habiskanlah..abah ingat ada banyak lagi dalam fridge"

Maka pagi-pagi lagi dengarlah raungan mek kecik bonia tu. Sambil nangis tu boleh lagi membebel
" abah ingat abah baby lagi ker ..nak minum susu Sara"...marah betul dia. Abahnya pula buat-buat muka bodoh..lagi la mek tu ngamuk. Lastnya mek makan roti dengan planta dan minum plain water jer.

Apa-apalah mek janji perut tak kosong pagi ni...

Tuesday, August 3, 2010

Saya fikir saya tak perlu

....benarkan dia ikut serta dengan lawatan tu...patut ker?
Semalam sianak dara bawa pulang satu form. Ada lawatan katannya ke Zoo Negara dan Pusat Sains. Alahai berat hati saya nak benarkan...sampai pagi ni dia merayu-rayu dengan en.suami untuk ikut serta rombongan tu. Kalau mintak kebenaran saya confirm tak dapatlah..tapi en.suami pulak membenarkan dia ikut serta..hangin betul saya. Bukan apa tak haraplah saya dengan mek sorang tu...dia selalu terhegeh-hegeh..takut nnt kena tinggal ker apa..

Ugutan saya pada en.suami nampaknya tak berkesan...dia tetap sign kan form tu. Ok..kata putus dari saya..all the transportation to send and pick up mek tu dari sekolah dia en.suami kena bertanggungjawab...watever happend he the one that I should blame too..kejam ker?

Setengah jam yang lalu en.suami call saya...dia bagi tahu yang dia bagi anak dara tu ikut serta sebab..dia rasa mek patut pergi dan dia tak mahu nanti bila mek tu besar dia ungkit yang kami tak bagi dia join apa-apa aktiviti sekolah dia..emmm alahai..
Susah hati saya dibuatnya.

Tengoklah..nak lipat kaki seluar pun tak pandai lagi..

Buat air letak garam?



ish jangan terkejut gitu..bukan letak banyak pun letak ciput jer..tak kiralah buat sirap bandung ker teh tarik ker..cuba letak secubit garam..lemak berkrim jadinya..tapi syaratnya kenalah dalam bancuhan tu ada susu isian sejat..baru jadi lemak manis gitu..

minum ni tengah-tengah cuaca yang panas ni sedap gak kan.

Blog list Ben Ashaari..patut ker saya join??



Dengan perasaan yang malu-malu kucing saya jengah blog Ben Ashaari yang glamour..dan tinggalkan url saya...jenguk mana-mana rumah pun semua mesti ada link dengan rumah Mr Bean En. Ben tu....
dalam hati terdetik
"ish famousnya mamat ni"..oh saya nak cuba mengenali dia..kata orang tak kenal maka tak cinta...yer ker?.. saya cadang nak selongkar blog dia tapi dalam sehari banyak betul n3 keluar..jenuhla dan tengok semuanya kan.

Saya memang segan nak linkkan blog dengan mamat ni..maklum blog baru setahun jagung..dah ler tu blog jenis rojak pulak tu..tapi dengan bedak setebal 3 inchi saya cuba jugak jengah kesana..nak ikut saya tak??

Monday, August 2, 2010

Puding Gula Hangus


Ini memang desert pertama yang saya pandai buat sejak habis belajar dan tinggal dirumah sewa. Biasanya rata-rata Puding Gula Hangus yang saya tengok resepinya ada masuk tepung kastard ataupun tepung jagung tapi saya punya ni agak lain sedikit..tak guna fresh milk tak guna hot water untuk gula hangusnya..

Bahan-bahan:
Untuk Puding:
7 biji telur gred A
6-7 s/b gula pasir
1 tin susu sejat
@
1/2 tin krimer pekat manis + plain water
1 s/t esen vanila

Gula hangus:
3-4 s/b gula pasir

Cara2:
1. Pukul Gula+telur+susu sampai kembang.Masukkan esen vanilla.
2. Panaskan gula atas lyang -direct dengan dapur..sampai keperangan..
3. Tuangkan bahan yang sudah sebati tadi kedalam loyang dan kukuslah selama 45 minit-1 hour.
4. Dah siap..terbalikkan..sedia untuk dihidang..

Amacam...jadi tak?

Ini percubaan pertama saya guna teknik Kak Nor Secubit Garam..saya pernah buat sebelum ni tapi telurnya tak berjurai-jurai macam ni..ketul2 jer jadinya..terus niat nak buat lagi sekali terbantut. Alhamdullillah bila dah cuba cara yang Kak Nor ajar ni ..sangat ok bagi saya..layan ya buktinya.

Tapi udang tak dapat nak bagi possing yang seksi lebih2 sebab goreng udang untuk percubaan ni tak banyak..6 ekor jer..hhehe...Again thanks to Kak Nor..

Dari Kerana Mata: Mata Menawan Contest TAG

Untuk tak menghampakan permintaan orang yang mengTAG saya, maka telah penuhi permintaan dia. TAG dibuat sepantas kilat tu..maklum tetiba teringat gambar yang diambill memang sangat cantik gitu..hehhe. Bila saya klik kesini.....rupanya ada contest…tu yang saya sangat teruja dan ingin merealisasikan TAG ni…nak tengok ker gambar yang cun bangat tu..sila scroll sbb saya ni pemalu orangnya nak trus tayang.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Cukup-cukup la tu scroll down..rasa-rasa saya boleh menang tak contest ni, dengan gambar mata yang paling cantik abad ini?Jangan marah atau jeles ya!


Walaupun tak sedar diri yang rabun ayam..saya tetap tak mahu mengaku…saya tak mahu bebankan sapa dengan TAG ni..kalau rasa diri anda perlukan hadiah yang ditawarkan sila-sila la jengah kesini...
Perlu diingatkan saya tak paksa ya!..